Fasting 6 days of Shawwal after Ramadhan.

Ayyub (Allah be pleased with him) relates that the Messenger of Allah (blessings and peace be upon him, his family, and companions) said, “Whoever fasts Ramadan and follows it with six days from Shawwal it is as if they fasted the entire year.” [Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi, and Ibn Majah; Ahmad transmitted it from Jabir, Muntaqa]

Thawban (Allah be pleased with him) relates that the Messenger of Allah (blessings and peace be upon him, his family, and companions) said, “Whoever fasts Ramadan, and then six days after Eid, it is [like fasting] an entire year. Whoever does a good deed shall have ten times its reward.” [Ibn Majah, Muntaqa]

1. Based on this, the majority of the fuqaha, including the Hanafi, Shafi`i, and Hanbali school, have held that it is recommended to fast six days of the month of Shawwal. [Radd al-Muhtar; Mughni al-Muhtaj Shah al-Minhaj; Kashshaf al-Qina`]

2. It is permitted to fast these six days separately throughout the month, or consecutively, after Eid al-Fitr. [ibid.]

3. It is prohibitively disliked (makruh tahriman) and sinful to fast on Eid day itself. [Radd al-Muhtar]

4. The Shafi`is and Hanbalis state that it is superior to make the six fasts consecutive [Minhaj, Ghayat al-Muntaha]. Khatib al-Shirbini explains the reasoning as being, “In order to hasten to do the good, and because of the problems inevitable in delaying,” such as becoming lazy and not actually fulfilling this sunna in the end, though he points out that the sunna is fulfilled by both consecutive and non-consecutive fasting of six days in Shawwal. [Mughni al-Muhtaj]

The later Hanafi scholars differed as to which is better, fasting the six days consecutively or non-consecutively, though neither is disliked and both fulfill the sunna. [Radd al-Muhtar] However, it would be agreed that those who fear not fulfilling the recommendation due to laziness, forgetfulness or other excuses, should hasten to fast the six days consecutively immediately after Eid al-Fitr.

5. The reward is akin to having fasted obligatory fasts the entire year days, according to Buhuti, Shirbini, and others.

Abu Hurayra (Allah be pleased with him) said that the Prophet (Allah bless him & give him peace) said,

“The strong believer is better and more beloved to Allah than the weak believer, though there is good in both. Be avid for that which benefits you. Rely on Allah and do not deem yourself incapable…”[Muslim 4816, Ibn Majah 76, Ahmad 8436]

Imam Nawawi (Allah have mercy on him) explained that the ‘strength’ in this hadith refers to, “One’s determination and ability in matters of the next life.” [Sharh Sahih Muslim]

Sejarah Hari Raya Aidilfitri

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,
bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:

“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidil adha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

Perlu di ingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukanpembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergayadengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kitamendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akandiberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikankepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang
ditetapkan syariat.

The Physical Appearance of The Prophet Muhammad SAW

Face:
“His face shone like the moon.” – (Hind bin Abi Hala)
“His face was round like the moon.” – (Bara bin Azib)
“His face was not quite round but inclined to roundness.” – (Hazrat Ali(R.A))
“Broad forehead, slanting thick brows parted in the middle. A vein protruded between the two parts which became more prominent in anger.” (Hind bin Abi Hala)

Color:
“Neither white like lime, nor tanned, but brown with whiteness predominant.” – (Hazrath Anas(R.A))
“White, reddish.” – (Hazrath Ali(R.A))
“White but wholesome.” – (Abu Tufail)
“White and bright.” – (Hind bin Abi Hala)

Eyes:
“Black, with long eyelashes.” (Hazrath Ali)
“Black and drooping. Habit of looking from the corner of the eyes in shyness.” – (Hind bin Abi Hala)
“Red lines in the white parts, wide sockets, and natural grey corners.” – (Jabir bin Samra)

Nose:
“Somewhat high with unique brightness whereby it looked large at first sight.” – (Hind bin Abi Hala)

Cheeks:
“Even and soft, a bit of flesh drooping at the lower end.” – (Hind bin Abi Hala)

Mouth:
“Wide.” – (Jabir bin Samra)
“Moderately wide.” – (Hind bin Abi Hala)

Teeth:
“Thin and bright, symmetrical, openings in front teeth.” – (Hazrath Ibn Abbas)
“When talking a light seemed to sparkle from the teeth.” – (Hazrath Anas)

Beard:
“Full and thick.” – (Hind bin Abi Hala)

Neck:
“Thin and long, beautifully chiselled like a statue Colour of the neck white like silver and handsome.” – (Hind bin Abi Hala)

Head:
“Large but symmetrical.”- (Hind bin Abi Hala)

Hair:
“Neither quite straight, nor sheep like.” – (Qatada)
“Slightly curly.” – (Hazrath Anas)
“Thick, sometimes touching ear lobes and sometimes reaching upto shoulders.”- (Bara bin Azib)
“Parted in the middle.” – (Hind bin Abi Hala)
“The body did not have much hair. A line of hair running from the chest to the navel.” – (Hazrath Ali and Hind bin Abi Hala)
“There were some hair on shoulders, arms and upper chest.” (Hind bin Abi Hala)

General Structure:
“Body well built, bones joining limbs large and strong.”- (Hind bin Abi Hala)
“Body was not fat.” (Hazrath Ali)
“Neither tall nor short, small but middle-sized.” – (Hazrath Anas)
“Inclined to be tall. Among the people he appeared to rise higher than others.” – (Bara bin Azib)
“The abdomen was not protruding.” – (Umme-e-Mabad)
“Despite has poor conditions and lack of proper food his body was stronger and more virile than those of better nourished persons.” – (Al-Mawahib)
“I have not seen a braver and stronger man than the Prophet.” – (Ibn Umar)

Shoulder and Chest:
“Chest broad and even with the abdomen.” – (Hind bin Abi Hala)
“Chest broad.” – (Bara bin Azib)
“Width between shoulders more than usual.” – (Hind bin Abi Hala and Bara bin Azib)
“Portion between shoulders fleshy.” – (Hazrath Ali)
Arms and Hands :“Wrists large, palms wide and fingers symmetrically large.” (Hind bin Abi Hala)
“I have not touched any thick or thin silk or anything else which was softer and fleshier than Prophet’s palms.” – (Hazrath Anas)

Calfs and Feet:
“Calfs were not fleshy but symmetrical.” – (Jabir bin Samra)
“Feet were fleshy, lower parts of feet little hollow and feet so smooth that they could not retain water.” – (Jabir bin Samra)
“Very little flesh on heels.” – (Jabir bin Samra)

The most graphic description of the Prophet was given by an old woman at whose house the Prophet stopped on his way from the cave of Thaur to Medina and her goats gave so much milk that the Prophet and his companions were fully satisfied and yet there was much left over.
When the old woman’s husband returned home and expressed his surprise, the woman gave the description of the Prophet as follows:
“Handsome features, bright face, likeable temperament, neither the abdomen protruding nor hair of the head fallen out, graceful, handsome, eyes black and large, hair long and thick, voice clear, long neck, bright black of the eye, natural grey corners, thin and drooping eyelashes, black and curly hair, silent with dignity inclined to cordiality, graceful and captivating at a distance and very sweet and most handsome from near, talk sweet and words clear, neither more nor less than necessary, all talk consistent, middle-sized, neither short so as to look insignificant nor tall to look unbecoming, a fresh twig of handsome plant, charming to look at and well- built. His companions are so devoted that they always surround him, quietly listen to what he says and promptly obey what he orders. Obeyed, liked, neither verbose nor cryptic.”

Kelebihan Mengeluarkan Zakat

Cukup banyak kelebihan yang akan diberikan Allah kepada orang yang mengeluarkan zakat, antaranya;

1. Mereka akan dibersihkan Allah

“Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu (wahai Muhammad) membersihkan dan mensucikan mereka, dan mendo`alah untuk mereka. Sesungguhnya do`a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (at-Taubah: 103)

Menurut ulama’; maksud (تُطَهِّرُهُمْ) ialah dengan zakat mereka itu kamu (yakni Muhammad s.a.w.) dapat membersihkan hati-hati mereka dari kesan syirik, sifat bakhil dan kedekut serta membersihkan tubuh-badan mereka dari penyakit dan bala bencana. Maksud (وَتُزَكِّيهِم) pula ialah dengan zakat itu juga kamu dapat mensucikan mereka di hadapan Allah yakni kamu menjadi saksi di hadapan Allah bahawa mereka benar-benar menunaikan perintah dan beriman dan kamu memberi syafaat kepada mereka dengan izin Tuhan kamu serta kamu mendoakan bagi mereka kebaikan, keberkatan dan seumpamanya. (Lihat al-Fiqhul Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, jil. 1, hlm. 463)

.

2. Dijauhkan dari neraka

“Dan kelak akan dijauhkan orang yang paling takwa dari neraka itu, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah) untuk membersihkannya, padahal tidak ada seorangpun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan”. (al-Lail: 17-21)

Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah (sama dengan memberi zakat atau bersedekah) dengan penuh ikhlas dianggap oleh Allah sebagai manusia paling bertakwa. Dia diakhirat kelak ia akan dijauhkan dari neraka dan akan mendapat kepuasan dengan limpahan nikmat Allah kepadanya.

.

3. Diberi nikmat syurga

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (ya`ni) yang akan mewarisi surga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya”. (al-Mukminun: 1-11)

Allah menghitung dalam ayat di atas orang-orang yang bakal dikurniakan nikmat syurga Firdaus di akhirat kelak. Salah seorang dari mereka ialah orang yang menunaikan kewajipan zakatnya.

.

4. Akan bertambah rezeki dan terpelihara harta

“Bentengkanlah harta kamu dengan zakat, ubatilah saudara-saudara kamu yang sakit dengan bersedekah dan pohonlah pertolongan (dari Allah) ke atas bala yang menimpa dengan berdoa dan merendah diri (kepada Allah)”. (Riwayat Imam Abu Daud dari al-Hasan. Lihat hadis ini dalam al-Jami’ as-Saghir, Imam Suyuti, no. 3728, dhaif).

.

5. Akan terselamat dari akibat buruk harta

Imam Thabrani meriwayatkan dari Jabir r.a. menceritakan; “Seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, apa yang akan diperolehi jika seorang itu menunaikan zakat hartanya?’. Jawab Rasulullah s.a.w“Sesiapa yang menunaikan zakat hartanya nescaya ia akan selamat dari akibat buruk harta (atau akan hilang sifat jahat dari dirinya)”. (lihat hadis ini dalam kitab al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 466).

Maksud hadis ialah; orang yang menunaikan zakat ke atas hartanya ia akan selamat dari akibat buruk harta kerana harta ada kebaikan dan ada keburukannya. Adakalanya harta memberi manfaat kepada manusia dan adakalanya mendatangkan kecelakaan. Atau yang dimaksudkan ialah akan hilang sifat jahat pada diri iaitu bakhil, kedekut dan sebagainya. (al-Fiqhul Wadhih, hlm. 466).

                                                                                                       Hadis Ibnu Umar r.a:

Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.

Hadis Riwayat Muslim

Beritikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

 “Sesungguhnya Rasulullah saw telah beri’tikaf disepuluh hari pertengahan romadhon lalu I’tikaf pada tahun tersebut sampai pada malam kedua puluh satu yaitu malam beliau keluar I’tikaf dipaginya beliau berkata barang siapa yang beri’tikaf bersamaku maka hendaklah beri’tikaf di sepuluh terakhir.                                 ” (Bukhori  1887) dan perintah dan persetujuan beliau kepada Umar dalam hadits:
“Dari Umar bin Khothab beliau berkata: Wahai Rasulullah saya pernah bernazar di zaman jahiliyah untuk I’tikaf satu malam di masjid haram. Lalu beliau menjawab: Tunaikan nazarmu. Lalu Umar beri’tikaf semalam.”

Syarat dan Tempatnya.
I’tikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat dan darurat.Tidak boleh dilakukan pada selain masjid. Sebagaimana firman Allah:

“Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” (QS. Al Baqoroh: 187)

 Perkara yang Diharuskan Semasa Beri’tikaf

Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca al-quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku ( berdakwah). (Kitab al-Majmuk)

 Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.

 Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.

Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.

 Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat,bercakap keduniaan dan sebagainya.

Iktikaf Wanita

Wanita boleh beri’tikaf dimasjid selama aman dari fitnah, dengan dalil:

“Nabi beri’tikaf di sepuluh akhir dari romadhon sampai wafat kemudian istri-istri beliau beri’tikaf setelahnya.” (Bukhori 1886)

Menurut Mazhab Hanafi : wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.

Mazhab Hambali dan Syafie pula : Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan Hanafi. Wanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).

Kelebihan Beriktikaf di Masjid

Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya. Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang”.

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Aurat Lelaki

  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”

  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahram

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.

  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya”

– iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.

– Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.
Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:
“Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”


12 Aurat Wanita

1.    Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening – Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2.    Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng….

3.    Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4.    Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5.    Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6.    Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7.    Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja – Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8.    Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9.    Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10.    Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11.    Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12.    Pakaian
 – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Cintailah yang Maha Mencintai

Duhai sahabat…
Cinta itu di dalam hati…
kita mempunyai sebuah rumah…
Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu…
Ada yang baik dan ada yang buruk.
Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN
bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.
Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku…
Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU…

Dan ketahuilah duhai sahabatku…
Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,
merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmu
sehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan…
Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu…
Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu…

Kau gembira mendengarkannya…
Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu…
Apa yang akan kau lakukan ???
menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???
Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,
dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui…
Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???
Sekalipun hatimu berat…

Pintalah sang CINTA itu pulang…
Beritahulah kepadanya… :
Maafkan aku…
Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku…
Kerana…
Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya…
Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupaiPENCIPTA ku,
yang Maha Pengasih…

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku…
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku…
Agar hilanglah gelisahmu,
reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandang
warna-warna IMAN yang indah berseri…
Terang dan menerangi…
Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMUdalam rumahku…
Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku
dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku…

Kau tahu wahai CINTA ???
Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku…

AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA…….

Duhai sahabat..
… Sungguh cinta itu indah,
Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia…
Tetapi bagi pelajar macam kita ???
Cinta itu biasanya hanyalah musibah…

Cintailah ALLAH…
Yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mengasihimu…
Saat mereka bertanya…
Mengapa kau mencintai ALLAH ?

Katakanlah wahai temanku…
Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim bondaku,
kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku…
Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku…
Dan mengukuhkan tulangku…
Dan sentiasa memaafkan segala salah – silapku…
Tutur bicara mulutku…

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihiALLAH…
Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya…
Hidup dan matiku…….
Segalanya untukNya……..

Bila Paderi Terpaksa Membuka Rahsia Kunci Ke Syurga

 

Salam sejahtera..

Di sini,aku nak sharekan satu kisah mengenai kehebatan agama Islam..sama-sama kita hayati dan renungi.

Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.


Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, “Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.”

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, “Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya.” Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, “Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?”

Paderi itu menjawab, “Dari tanda yang terdapat di wajahmu.”

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, “Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat.”

Si pemuda tersenyum dan berkata, “Silakan!”

Sang paderi pun mulai bertanya, “Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.”

“Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!”

“Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?”

“Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?”

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

-Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

-Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, “Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami).”
(Al-Isra’: 12).

-Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

-Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur’an.

-Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

-Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

-Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, “Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.” (Al-Mulk: 3).

-Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, “Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung ‘Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka.” (Al-Haqah: 17).

-Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu’jizat yang diberikan kepada Nabi Musayaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, “Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat.” (Al-An’am: 160).

-Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

-Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu’jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, “Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, ‘Pukullah batu itu dengan tongkatmu.’ Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air.” (Al-Baqarah: 60).

-Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, “Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing.” (At-Takwir: 18).

-Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, “Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.” Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, ” tak ada cercaan terhadap kamu semua.” Dan ayah mereka Ya’qub berkata, “Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf:98)

-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, “Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai.” (Luqman: 19).

-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

-Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, “Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim.” (Al-Anbiya’:69).

-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalahtentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? “Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar.” (Yusuf: 28).

-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, “Apakah kunci surga itu?” mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, “Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!”

Paderi tersebut berkata, “Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah.”

Mereka menjawab, “Kami akan jamin keselamatan anda. ”

Paderi pun berkata, “Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.”

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

Menyingkap Tirai Sejarah Nuzul Al-Quran

 Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-  Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Perkara ini dinyatakan dalam al-Quran,  melalui firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 185 yang bermaksud:

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi  sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan  menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”

FirmanNya dalam ayat pertama surah al-Qadar :

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-  Qadar.

Dalam surah al-Dukhan ayat ke 3 pula Allah s.w.t telah berfirman :

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).
‘Nuzul’ merupakan perkataan Arab yang memberi makna turun atau berpindah, iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Menilai ketiga ayat di atas tiada sebarang pertentangan antara ke tiga ayat di atas . Al-Syeikh Ab Rahman al-Sa’adiy menjelaskan dalam tafsir Taysir al-Karim al-Rahman,‘malam yang berkat’ yang dinyatakan Allah dalam surah al-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka Allah SWT telah memilih tarikh turun kalamNya buat pemimpin umat sejagat nabi Muhammad yang penuh dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu sendiri

Menurut al-Syeikh Manna’ Qattan dalam Mabahith Fi Ulum al-Quran ke tiga ayat ini secara dasarnya menunjukkan penurunan berlaku pada bulan ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam al-Qadr yang merupakan suatu anugerah Allah buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan Ramadhan.
Walaupun umat Islam di Malaysia secara tradisinya menyambut peristiwa Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat yang lebih tepat tentang turunnya al-Quran ialah pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan bersamaan 13 Ogos 610 M. Ini disebabkan pendapat yang mengatakan berlakunya pada 17 Ramdhan adalah berpandu pada ayat ke 41 dari Surah Al-Anfaal adalah difokuskan kepada perisytiwa perang Badar bukannya al-Quran.

Firman Allah dalam ayat ke 41 surah al-Anfal itu,maksudnya :

“…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…”
Menurut sebuah riwayat yang dikemukakan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya dari Ibn Abbas , ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut).

” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…”.
Justeru tarikh yang lebih tepat tentang Nuzul al-Quran adalah pada 24 Ramadhan kerana ia berdasarkan ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan yang telah dihuraikan di atas.
Menurut sebuah riwayat oleh Ibn Abbas dan pandangan ini disokong oleh majoriti para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus ke “Baitul Izzah” di langit kedunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.

Menurut satu riwayat dari al-Hakim, al-Baihaqiy dan al-nasaei dari Ibn Abbas, beliau menjelaskan dari RasululLah saw bersabda :

“ Al-Quran diturunkan sekali gus oleh Allah ke langit dunia pada malam al-Qadr kemudian ia diturunkan secara berperingkat dalam masa 20 tahun”
Al Quran pula telah diturunkan secara beransur – ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah . Ayat-ayat dan surah-surah yang diturunkan sebelum peristiwa hijrah dikenai sebagai Makkiyah sedangkan yang diturunkan selepas peristiwa hijrah dikenali sebagai Madaniyyah .

Previous Older Entries

Create your own website, free on WordPress.com.Create your own website.
Start free