Aurat Lelaki

  1. Situasi pertama : aurat lelaki bersama lelaki

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Sabda baginda bermaksud: “Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.”

  1. Situasi kedua : aurat lelaki bersama Mahram

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Sekiranya mereka termasuk dalam golongan orang yang seperti bapa, adik beradik kandung, bapa saudaranya dan lain-lainnya maka aurat yang mesti ditutupi ialah bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lututnya.

  1. Situasi ketiga : aurat lelaki bersama wanita ajnabi

– Antara pusat hingga lutut dengan syarat aman daripada fitnah.

– Manakala dalam kitab Hidayah al-Sibyan Fi Ma’rifah al-Islam Wa al-Iman mengatakan auratnya seluruh tubuhnya

– iaitu tidak harus bagi seorang wanita melihat kepada seorang lelaki yang bukan mahramnya sama seperti tidak diharuskan seseorang lelaki itu melihatnya.

– Tetapi jika lelaki itu suaminya, maka tidak timbul masalah aurat di antara keduanya, malah tidak ada apa yang dinamakan aurat di antara mereka.
Firman Allah S.W.T , al-Mukminun: 5 bermaksud:
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali isteri-isteri mereka atau hamba sahaya mereka, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: