Beritikaf 10 Hari Terakhir Ramadhan

 “Sesungguhnya Rasulullah saw telah beri’tikaf disepuluh hari pertengahan romadhon lalu I’tikaf pada tahun tersebut sampai pada malam kedua puluh satu yaitu malam beliau keluar I’tikaf dipaginya beliau berkata barang siapa yang beri’tikaf bersamaku maka hendaklah beri’tikaf di sepuluh terakhir.                                 ” (Bukhori  1887) dan perintah dan persetujuan beliau kepada Umar dalam hadits:
“Dari Umar bin Khothab beliau berkata: Wahai Rasulullah saya pernah bernazar di zaman jahiliyah untuk I’tikaf satu malam di masjid haram. Lalu beliau menjawab: Tunaikan nazarmu. Lalu Umar beri’tikaf semalam.”

Syarat dan Tempatnya.
I’tikaf hanya boleh dilakukan di masjid dan tidak keluar darinya kecuali hajat dan darurat.Tidak boleh dilakukan pada selain masjid. Sebagaimana firman Allah:

“Janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.” (QS. Al Baqoroh: 187)

 Perkara yang Diharuskan Semasa Beri’tikaf

Mazhab Syafie : orang yang beriktikaf sebaiknya menyibukkan diri dengan pelbagai ketaatan kepada Allah seperti solat, zikir, tasbih, membaca al-quran, menyibukkan diri dengan ilmu, mengajar, belajar, menelaah dan menulis buku ( berdakwah). (Kitab al-Majmuk)

 Ibn Qudamah di dalam kitab al-Mughni pula menganjurkan supaya dikerjakan solat, tilawah Quran, zikir dan ketaatan mahdhah. Ada pun mengajar al-Quran, ilmu, diskusi dan belajar bersama fuqaha, menulis hadis dan lain-lain yang bermanfaat tidak digalakkan. Ini juga disokong oleh pendapat Imam Ahmad.

 Pandangan yang kuat dalam masalah ini ialah menyibukkan diri dengan ibadat seperti solat, zikir, membaca al-Quran, memikirkan akhirat dan persoalan agama, doa dan istighfar.

Dibolehkan kita melakukan hal-hal yang bermanfat kepada orang lain seperti mengajar, berdakwah, diskusi atas untuk keperluan selebihnya kembali kepada konsep asal iaitu menyibukkan diri untuk beribadah.

 Makruh di dalam beriktikaf seperti melakukan hal-hal yang tidak perlu sama ada berupa perkataan atau perbuatan seperti mengumpat,bercakap keduniaan dan sebagainya.

Iktikaf Wanita

Wanita boleh beri’tikaf dimasjid selama aman dari fitnah, dengan dalil:

“Nabi beri’tikaf di sepuluh akhir dari romadhon sampai wafat kemudian istri-istri beliau beri’tikaf setelahnya.” (Bukhori 1886)

Menurut Mazhab Hanafi : wanita boleh melakukan iktikaf di masjid manapun sebagaimana dia dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid rumahnya. Namun, dia tidak dibolehkan untuk melakukan iktikaf di rumahnya di luar masjid di rumahnya atau di tempat yang disediakan untuk melakukan solat.

Mazhab Hambali dan Syafie pula : Wanita dibolehkan untuk melakukan iktikaf di masjid yang tidak digunakan untuk melakukan solat jamaah. Mereka tidak boleh melakukan iktikaf di masjid rumahnya kerana ia adalah ibadat yang dikhususkan dilakukan di masjid.Pendapat yang kuat adalah pandangan HanafiWanita boleh beriktikaf di tempat solat di dalam rumahnya. (tempat yang khusus solat di dalam rumah).

Kelebihan Beriktikaf di Masjid

Ganjaran untuk orang beriktikaf adalah selama mana dia duduk dalam masjid akan mendapat rahmat Allah dan walaupun ia sengaja tidur (dengan niat beriktikaf) maka akan tetap mendapat pahala yang berterusan.

Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermaksud:-

Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu ia berkata, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, “Apabila sesorang itu sudah berwudhu dengan sempurna dan berjalan ke masjid dengan niat semata-mata hendak bersembahyang, maka setiap langkah yang dilaluinya itu akan mendapat pahala dan menghapuskan satu dosanya. Kalau dia beriktikaf pula dalam masjid (dengan ada wudhu) selepas selesai sembahyang, para malaikat berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wataala memohon ampun untuknya. Dan selagi dia beriktikaf di dalam masjid menunggu untuk bersembahyang, dia akan terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sedang sibuk melakukan sembahyang”.

Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Kaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: